PROJECT BASED ACTIVITY NETBALL

NAMA: KAUTHAR BINTI FAIDHULLAH 
KELAS: 2 CAMBRIDGE 
NO. MAKTAB: CP201118 

Pada hari ini saya ingin menerangkan sedikit mengenai kemahiran bermain bola jaring, permainan ini memerlukan kemhiran asaa seperti menghantar, menjaring dan sebagainya. Saya akan menerang 4 jenis kemahiran iaitu kemahiran hantaran bola, kemahiran menyambut bola, kemahiran menghadang bola dan kemahiran menjaring bola.

A) KEMAHIRAN HANTARAN BOLA: 
Kemahiran yang pertama ialah kemahiran hantaran bola. Terdapat pelbagai jenis hantaran ynag dapat dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau kedu-dua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung kepada kedudukan penerima bola yang akan menerima bola daripada penghantar. Terdapat 4 jenis hantaran yang sering digunakan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan hantaran lantun. 

1) HANTARAN ARAS DADA: 
Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat.
Teknik melakukan hantaran aras dada: 
i) Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola.
ii) Bola mestilah berdekatan dengan badan, iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan siku               mestilah dalam kedudukan yang seimbang. 
iii) Badan pemain hendaklah dalam kedudukan seimbang dengan kaki kiri dihadapan. 
iv) Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke arah lontaran. 
v) Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak kehadapan serentak dengan kekuatan lontaran bola.


  2)HANTARAN ARAS BAHU: 
Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh. 

Teknik melakukan hantaran aras bahu:
i)  Berdiri dalam posisi yang bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki dihadapan.
ii) Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan
iii) Badan mengiring ke sisi, bawa bola kebelakang.
iv) Angkat tumit kaki belakang.
v) Tolak bola kehadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari.


3)HANTARAN ATAS KEPALA
Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakankedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain lawan.



 
Teknik melakukan hantaran aras kepala:
i) Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki hadapan.
ii) Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala.
iii) Ledingkan badan ke belakang sedikit.
iv) Bengkokkan siku dan bawa bla ke hadapan kepala, sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan.


3) HANTARAN SISI:
Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Hantaran sisi menggunakan kedua-dua tangan.

Teknik melakukan hantaran sisi:
i)  Berdiri dalam posisi. Berdiri dengan sebelah kaki dihadapan.
ii) Bongkok sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang.
iii) Luruskan kaki hadapan dan bongkokkan lutut belakang, sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran.

4) HANTARAN LANTUN
Hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai permain berhampiran.

Teknik melakukan hantaran lantun:
i) Berdiri dalam posisi yang sedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
ii) Pegang bola dengan kedu-dua belah tangan dan bawa bola ke aras pinggang.
iii) Pindahkan berat badan ke hadapan kaki.
iv) Luruskan tangan dan tolak bola ke arah yang rendah dengan kuat.


B) KEMAHIRAN MENYAMBUT BOLA
Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.




Teknik menyambut bola:
i) Mata sentiasa memandang ke arah bola.
ii) Berdiri dengan sebelah kai di hadapan.
iii) Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedua-dua tapak tangan menghadap satu sam lain.
iv) Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola.
v) Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku dan bawa bola ke badan untuk mengimbangkan badan.
vi) Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki di belakang.

C) KEMAHIRAN MENGHADANG
Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol. Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu;

- Berdiri menghadap pemain lawan.
- Berdiri membelakangkan pemain lawan.
- Berdiri di sisi pemain lawan
- Berdiri di belakang pemain lawan



D) KEMAHIRAN MENJARING GOL
Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima hantaran dan tidak melanggar undang-undang gerak kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam kedudukan berikut;

- Menjaring pada kedudukan statik
- Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring
- Melangkah setapak ke belakang dan menjaring
- Melangkah setapak ke sisi dan menjaring
- Melonmpat dan menjaring

Comments